Wednesday, 30 April 2014

VITAMIN KECANTIKKAN


Penjagaan Kulit
Penjagaan Kulit
Kolagen, Plasenta dan Vitamin, Rahsia Kulit Cantik
Oleh:Editorial Rapi

Perbezaan antara rawatan kolagen, plasenta dan vitamin

 
 
Kolagen
Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen  membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan  tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh. 
 
Jenis-jenis kolagen:
Ada bermacam-macam jenis kolagen suplemen. Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit. Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi. 
 
Plasenta 
Plasenta merupakan uri. Kebanyakan rawatan plasenta diambil dari kambing biri-biri yang dipelihara khas untuk urinya. Ada juga yang diambil dari uri manusia. Sel-sel diambil daripada uri dan dijadikan pil atau dalam bentuk suntikan. Tujuannya ialah untuk memperbaharui sel-sel tua di dalam badan. Namun demikian sijil halal tidak diperolehi. Ada juga plasenta yang  diambil dari pokok soya yang baru bercambah dikenali sebagai vegeplasenta.
 
Vitamin
Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak  kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang
tegang. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Beza rawatan kolagen secara oral dan suntikan Kolagen sentiasa dibina di dalam badan dan  enzim kolagenase sentiasa mengekalkan tahap kolagen di dalam badan. Rawatan kolagen oral atau glucosamine biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami osteoartritis di mana pelincir di dalam sendi sudah berkurangan. Suntikan hyaluronik asid juga boleh disuntik ke dalam sendi tersebut. Bagi rawatan estetik pula, suntikan hyaluronik asid disuntik di bawah kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan mengembalikan ketegangan kulit. Hyaluronik asid disuntik dalam bentuk fillers untuk meratakan parut, mengubah hidung yang senget atau pipi yang jatuh akibat proses penuaan. Rawatan ini perlu diulang kerana hyaluronik asid ini akan dibinasakan oleh enzim di dalam badan kita. Suntikan kolagen juga boleh dilakukan untuk mengubah paras rupa seperti pipi yang jatuh, bibir kecil atau hidung yang senget. Suntikan kolagen kini kurang popular keranaboleh menyebabkan alahan. 
 

Beza rawatan plasenta secara oral dan suntikan
 
 
Rawatan plasenta sekiranya disuntik, ia lebih efektif dan cepat berbanding oral. Harga suntikan plasenta juga jauh lebih mahal berbanding oral. Di Malaysia, suntikan plasenta tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rawatan oral dan suntikan juga tiada sijil halal daripada Jakim. 
 
Beza rawatan vitamin secara oral dan suntikan
 
Vitamin boleh diambil secara oral tetapi penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus. Sekiranya perlu, vitamin seperti B12 boleh disuntik pada otot. Suntikan Vitamin C tidak  diluluskan di negara kita. Namun demikian ia merupakan rawatan untuk pesakit yang demam panas atau kanser di sesetengah negara lain. 
 

 Fahami tentang sesuatu rawatan kecantikan sebelum mencuba

 
Menurut Dr. Nurhalina, ketiga-tiga rawatan kecantikan ini memang amat berbeza fungsi dan kesesuaiannya dengan wanita. Ada rawatan yang hanya sesuai untuk kelompok umur tertentu. Maka sebab itulah amat penting untuk seorang wanita mendapatkan info tentang sesuatu rawatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Ini bagi memastikan ia memberikan manfaat kepada mereka. “Sebagai contoh, rawatan yang kini menjadi kegilaan kaum wanita iaitu rawatan menggunakan ibu kolagen. Sebenarnya ia merupakan kolagen dari rumpai laut. Walau pun ia hangat diperkatakan namun tiada kajian medikal yang dilakukan tentang keberkesanan bahan ini untuk rawatan kulit. Rawatan oral kolagen biasanya berasaskan protein dari haiwan. Sekiranya seseorang itu ada alergi, ia boleh mengakibatkan rangsangan negatif serta alahan. Setiap rawatan sekiranya berlebihan akan memberi kesan sampingan jangka pendek atau panjang. Ikutlah peraturan untuk pengambilan sesuatu suplemen. Jika tiada kesan sampingan pun, ia adalah satu  pembaziran sekiranya badan tidak memerlukan. Sekiranya anda ingin mencuba oral kolagen, ketahuilah bahawa industri suplemen ini tidak dipantau. Oleh sebab itu kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui. Sekiranya anda ingin mendapatkan suntikan kolagen, perlu anda ketahui bahawa risikonya mungkin sama seperti risiko suntikan lain seperti botox dan filler. Apa yang penting ialah pemakanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin. Kolagen membekalkan protein pada kulit. Sarang burung dan Caviar juga adalah sumber kolagen yang berfungsi sebagai anti penuaan. Dari sudut perubatan, rawatan kolagen sebenarnya adalah dalam bentuk  suntikan tetapi bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” terang Dr. Nurhalina lagi.
 
 
Rawatan plasenta memerlukan kos yang tinggi
 
“Rawatan menggunakan plasenta atau uri agak mahal harganya dan individu sama ada lelaki mahu pun wanita sesuai menggunakannya. Namun ia lebih kepada rawatan anti penuaan. Antara golongan yang sesuai mengambil rawatan jenis ini ialah wanita yang sudah menopaus dan perlu mengikut dos yang tertentu. Semakin tinggi dos yang digunakan  semakin mahal kos rawatan yang perlu dibiayai  oleh pengguna.Kebanyakan plasenta diambil dari biri-biri baka yang baik. Selalunya  kambing biri-biri ini adalah dari New Zealand dan Switzerland. Plasenta kambing biri-biri menjadi pilihan kerana dikatakan haiwan ini tidak menyebarkan penyakit seperti lembu (mad cow disease) selain lebih kurang sama dengan plasenta manusia. Plasenta perlu diambil dengan teknik yang betul dan disimpan dalam suhu yang sesuai. Walau bagaimana pun ada juga plasenta yang diambil dari rusa namun ia kurang popular. Selain memperbaharui sel-sel yang telah tua di dalam badan, kebanyakan individu yang mengambil plasenta akan berasa lebih bertenaga. Contohnya kucing yang baru melahirkan akan makan urinya sendiri supaya badannya bertenaga semula. Ada juga rawatan menggunakan plasenta manusia yang dianggap terbaik tetapi ia punya risiko perubatan yang tertentu. Sebenarnya walau pun ramai yang menyebutnya sebagai rawatan menggunakan plasenta tetapi sebenarnya ia lebih kepada Stem Cell atau sel setem. Hingga ke hari ini kesemua medium rawatan plasenta sama ada plasenta biri-biri, manusia dan rusa semuanya tidak mendapat status halal selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM,” ujar Dr. Nurhalina. 
 
 
 
Jenis vitamin dan fungsinya kepada kecantikan. 
 
Menyentuh tentang rawatan menggunakan vitamin pula yang suatu ketika dahulu amat popular di kalangan kaum wanita, menurut Dr. Nurhalina sebenarnya vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. “Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C dan vitamin E biasanya diambil secara oral. Vitamin A pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan  mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A. Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM. Perlu diingatkan bahawa rawatan menggunakan vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapatkan hasil yang berpanjangan kerana vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit. Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral dan suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan vitamin punya fungsi dan kelebihan tertentu,” akhiri Dr. Nurhalina. 

credit;majalah rapi.....




Labels:

APA ITU ALFALFA








APA ITU ALFALFA


Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.

KEBAIKKAN ALFALFA

· Kaya dengan klorofil.
· Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
· Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan
untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
· Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu,
13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
· Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144
kali lebih daripada hati.
· Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan
asid toksik dalam sistem badan kita.

FUNGSI-FUNGSI

Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

· Pembersi toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
· Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
· Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat.

KAJIAN & RUJUKAN

“Pembersihan dan penulenan sistem badan secara semulajadi memang mengambil masa. Kita haruslah bersabar dan mengambil klorofil dengan konsisten. Ubat-ubat yang mujarab mungkin memberi kelegaan yang lebih cepat, tetapi jarang menyembuhkan. Di samping itu, ia juga membawa kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki dan ubat merbahaya mungkin terkumpul dalam tubuh. Klorofil dapat menyingkirkan toksin daripada racun perosak dan saki baki ubat serta bahan-bahan buangan lain”. – The Healing Power of Chlorophyll, Dr. Bernard Jensen (Pakar Pemakanan).

“kajian menu7njukkan struktur kimia tumbuhan hamper serupa dengan sel darah merah manusai melainkan unsure di tengah-tengah sel darah merah manusia terdiri daripada besi sementara klorofil pula ialah magnesium. Dengan itu, pengambilan klorofil akan membantu mereka yang merngalami kehilangan darah semasa melahirkan anak, kecederaan atau pendermaan darah”. – Dr. Richard Willstatter & Dr. Fisher.

“Klorofil adalah berguna untuk jangkitan dalaman dan masalah-masalah kulit”. – New England Journal of Medicine.

Labels:

GLA COMPLEX SHAKLEE


GLA ,VITAMIN E & MIYAK BENIH BUNGA MATAHARI

 Dari borage oil inilah terhasilnya GLA (gamma-linolenic acid) yang mana ianya adalah sejenis asid lemak omega 6
.Istimewa GLA Shaklee adalah kandungan GLAnya adalah sebanyak 15% - 20%
.Berbanding dalam EPO hanya mengandungi 8% - 10% GLA.
minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak -6
ia mengandungi vitamin e yg membantu melindungi dinding  arteri & menyokong
sistem imun dengan memelihara integriti sel.

  GLA :MENYOKONG SISTEM IMUN

* membantu merawat PMS dan menopause symptom
*. Penggunaannya boleh meredakan kesakitan semasa period dan juga simptom bila seseorang menopause.
* anti radang, sesuai untuk pesakit arthritis dan gout kerana ianya merawat keradangan sendi.
* bagi pesakit rheumatoid arthritis, ianya boleh membantu di mana ianya 'may ease tenderness and swelling'.
* untuk kulit yang cantik.
* Boleh mengekalkan kelembapan dan kelembutan bagi kulit yang kering atau rosak.
* Kajian pernah dijalankan ke atas bayi yang mempunyai masalah 'cradle cap' (kerak di kepala). Bayi disapukan dengan borage oil 2 kali sehari dan setelah 2 minggu, masalah cradle cap HILANG!.Apa yang menakjubkan bukan sahaja pada tempat yang disapu mengalami perubahan ketara tetapi juga keseluruhan kulit bayi mengalami perubahan positif
*. Ini menunjukkan daya serapan borage oil yang sangat bagus.
* membantu regulate balik period yang tidak teratur.
* Juga mengawal keseimbangan hormon dalam badan.
* membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan.
* Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Ada kalangan yang mengambil GLA Shaklee telah berjaya hamil dengan izinNya.(cuba dahulu baru kita tau)
TAK KENAL TAK CINTA....

***produk ini tidak bertujuan utk mendiagnos,merawat,mengubati @
mencegah sebarang penyakit...

sms /wsap 0124219642
sid 1107624













Labels:

WANITA CERIA DENGAN SHAKLEE...

WANITA SIHAT, HIDUP CERIA

wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya..
-Akil baligh
-Pra-kehamilan
-kehamilan
-Pra-menopos
-menopos
-selepas menopos

Oleh itu shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi
keperluan wanita pada semua peringkat kehidupan..

#GLA COMPLEX
#OSTEMATRIK
#OMEGA GUARD

KEBAIKAN SUPPLEMENT INI
-membantu melegakan simptom sengugugut & menopos
-menggalakkan kulit yang cantik
-menggalakkan tulang yang kuat
-membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
-melegakan sakit-sakit sendi..
-berasa lebih bertenaga
-mengekalkan kesihatan secara menyeluruh
-membantu melancarkan peredaran darah.

LANGKAH BIJAJ UNTUK HIDUP YANG SIHAT...

sms/wsap 0124219642
Sid; 1107624

Labels:

Tuesday, 29 April 2014

CARA CARA MAKAN SUPLEMEN


Dalam kajian unggul ini,kami bergabung dengan kajian daripada 
UC BERKELY SCHOOL OF PUBLIC HEALTH
untuk menilai tahap kesihatan pengguna jangkamasa panjang
suplemen SHAKLEE.kaiian menunjukan mereka yg mengambil supplemen SHAKLEE
memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak
mengambil suplemen langsung..berdasarkan 4 penanda biologi
kesihatan secara berasingan...

SHAKLEE membawakan TOTAL WELLNESS CONNECTION
yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat....

CARA PEMAKANAN VITAMIN SHAKLEE


1.VITA-LEA: 1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitamin C.
p/s: tak sesuai di ambil bersama minuman/makanan bersusu

2. VITAMIN -C : 1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitalea.

3. B COMPLEX : 1biji sehari selepas makan, best taken after breakfast
p/s : kalau nak tambah selera bagi sebelum makan

4. ZINC COMPLEX: 1biji sehari sebelum makan

5. ALFALFA COMPLEX : 2-4 biji permulaan, jika masih tidak dapat hasil yang di ingini, boleh naikkan dose sedikit2 sampai 10 biji sekali makan.
p/s: awas kena monitor najis baby selalu, sbb takut ada baby tak tahan and dpt cirit.

6. ESP sehari tidak boleh lebih 3 sudu besar, terpulang nak minum sekali gus atau nak bahagi 3. Boleh dicampur bersama minuman kegemaran mcm milo/horlicks etc
p/s: tidak boleh di bancuh dengan air panas mendidih, kerana ia boleh rosakkan struktur protein. Jangan ambil esp bersama teh atau kopi kerana ia mengganggu penyerapan vitamin.

7. OSTEMATRIK: 2 biji sekali makan, 2 kali sehari. ambil lepas breakfast and dinner.(total 4 biji sehari).

8. OMEGA GUARD: 1-2 biji sekali makan sekali sehari

9. LECIHTIN : 3biji sekali makan dua kali sehari. (total 6 biji sehari)

10. GARLIC COMPLEX: 2 biji sehari sekali makan.

11. GLA COMPLEX: 2biji sehari sekali makan

12. COLLAGEN: satu hari 1 sachet

13.VITAMIN E:1 biji sehari sblm tidur

14. ADVANCED JOINT HEALTH TABLET: 2 biji sehari after food

CARA PENGAMBILAN SET B (breastfeeding)
Pagi: 1 vitalea, 1 vitamin c
Tghri: 1 b com, 3 alfalfa
Malam: 3 alfalfa



p/s jadual pengambilan vitamin ini adalah cadangan sahaja. Jadual boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing dan tiada masalah jika jadual diubah cuma perlu tahu vitamin yang sesuai diambil bersama dan vitamin yang perlu dielakkan diambil bersama.

Oste JGN AMK dgn Vitalea
Vitalea JGN AMK bersama susu atau ESP
Alfalfa JGN AMK dgn vita E
Kenapa takleh amik bersama? Tidaklah jadi keracunan, cuma jika diambil bersama vitamin yg kontra akan membuatkan penyerapan vitamin tidak optimum. 

*JANGAN AMBIL VITAMIN BERSAMA KOPI / TEH...

sms/wsap 0124219642
sid 1107624






Labels:

Monday, 28 April 2014

RESEPI DIET SIHAT


IDEA SIHAT
Kacang Soya Hitam
Kacang Soya Hitam
Sihat dengan inovasi burger kacang soya hitam
Oleh:Web Rapi
Rileks! Jangan berkerut lagi. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Jika anda ingin kekal sihat tapi bosan dengan cara pemakanan yang sama setiap hari, sedikit inovasi dan idea kreatif pasti mampu membuat makanan diet sihat anda lebih enak dan menarik. Siapa sangka kacang soya hitam yang juga tinggi khasiatnya ini mampu dijadikan burger. Jom lihat bagaimana penghasilan burger kacang soya hitam yang sangat mudah ini.

 Ini ternyata sangat bermanfaat bagi anda yang ingin berdiet.  Idea menjadikan kacang soya hitam sebagai bahan utama dalam penghasilan burger menarik perhatian kami untuk berkongsikannya dengan anda semua. Menurut pembacaan kami juga, kacang soya hitam sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan  protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral serta antioksida. Sumber protein yang terdapat di dalamnya juga amat diperlukan tubuh bagi pembinaan sel baru, membaik pulih sel lama juga membina otot badan.

Wah, begitu banyak khasiatnya. Rugilah jika anda tidak memanfaatkannya. Ok, sekarang mari lihat cara mudah penyediaan burger kadang soya hitam ini!

BAHAN-BAHANYA;
1 biji bawang(cingcang)
1 tin soya (black beans) toskan
1/2 cawan tepung (terpulang wholemeal @ gandum)
3 sudu makan serbuk roti
2 ulas bawang putih
garam & lada hitam secukup rasa.
1/2 cawan carrot (sagat)
2 sudu oats(rolled)
1 biji telur terpulang kepada anda..
daun ketumbar,daun sup...kalau nak...

CARANYA
tumis kejap bwg n bwg putih.
sementara beans tadi dilenyekkan.
gaulkan semua bahan tadi dan 
buatlah bentuk mengikut anda...
tuangkan minyak zaiton dlm kuali
sikit,n masaklah burger anda seperti 
biasa...
oh,yummy!!! 
diet cara sihat...








Labels: