KENAPA DIET GAGAL ??
Terdapat
beberapa program diet yang tidak berhasil iaitu:
1. Diet Sup Kobis
Kaedah
Yang Digunakan:
Ia
diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya
mengambil sup kobis selama tujuh hari. Dengan menikmati semangkuk sup kobis
dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu mengurangkan berat badan
sebanyak 4.5kg.
Mengapa
Tidak Berhasil:
Diet
ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan
vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut,kuku dan kulit.Selain
itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana
diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.
2. Diet Makanan Bayi
Kaedah
yang Digunakan:
Teori
diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran makanan bayi
atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur dan snek bayi.
Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk mengelak makan terlalu
banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan dalam jumlah yang kecil.
Mengapa
Tidak Berhasil:
Makanan
bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi
tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada
orang dewasa. Walaupun cara ini tidak berbahaya pada masa akan datang
tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan otot tulang.
3. Diet Air
Kaedah
Yang Digunakan:
Sepanjang
hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan.
Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap liter air. Jadi, seseorang yang
melakukan diet air akan membakar kalori secara semulajadi.
Mengapa
Tidak Berhasil:
Secara
teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang
banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Namun, tidak semua
dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia
mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan elektrolit.
4. Diet Coklat Susu
Kaedah
Yang Digunakan:
Diet
ini dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat sepanjang hari dengan
pola pemakanan yang sihat. Gabungan kalsium,vitamin D, protein,
karbohidrat
dan
senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet lain. Selain itu,
kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme badan membakar
lemak.
Mengapa
Tidak Berhasil:
Tidak
ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan
berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan
untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam.
5. Diet Rendah Karbohidrat
Kaedah
Yang Digunakan:
·
Tujuan
diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai sumber tenaga
utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat sebaliknya diganti
dengan makanan yang kaya protein.
Mengapa
Tidak Berhasil:
·
Beberapa
orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu keping roti.
Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi
wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini.
·
Penurunan
karbohidrat akan merendahkan kadar insulin. Tetapi, ia juga boleh
mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual. The American Dietetic
Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari karbohidrat.
6. Diet Paleo
Kaedah
Yang Digunakan:
·
Program
ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan seperti sayuran,
kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka bahawa
masyarakat pra
sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana kurang kalori dalam
makanan.
Mengapa
Tidak Berhasil:
·
Secara
umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan sehingga kekurangan susu, bijian
dan kacangkacangan yang merupakan sumber nutrisi penting untuk kesihatan
badan.
7. Diet Haleluya
Kaedah
Yang Digunakan:
·
Mengambil
85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan yang dimasak. Sayuran yang
dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga yang memasukkan sayuran ke
dalam masakan.
Mengapa
Tidak Berhasil:
·
Cara
ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet vegetarian.Kebanyakan
pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan kerana ia boleh menjadi
anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja memberi kesan kepada sistem
pencernaan dan tidak ada juga bukti menunjukkan sayuran mentah sangat efektif daripada sayur yang
dimasak.
8. Diet 17 Hari
Kaedah
Yang Digunakan:
·
Diet
ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan dapat
menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme. Dimulakan
dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori per hari dan
tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.
Mengapa
Tidak Berhasil:
·
Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa,
sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.
·
·
Malah, tidak ada bukti diet ini mempercepatkan metabolisme badan.
Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda mengambil sedikit
makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang kecil.
credit;majalah rapi...
Labels: diet gagal ?

1 Comments:
Sms/wsap 0124219642
Sid SHAKLEE YANG SAH
110624..
resepi n tips saya ...nantikan seterusnya...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home