Rileks! Jangan berkerut lagi. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Jika anda ingin kekal sihat tapi bosan dengan cara pemakanan yang sama setiap hari, sedikit inovasi dan idea kreatif pasti mampu membuat makanan diet sihat anda lebih enak dan menarik. Siapa sangka kacang soya hitam yang juga tinggi khasiatnya ini mampu dijadikan burger. Jom lihat bagaimana penghasilan burger kacang soya hitam yang sangat mudah ini.

 Ini ternyata sangat bermanfaat bagi anda yang ingin berdiet.  Idea menjadikan kacang soya hitam sebagai bahan utama dalam penghasilan burger menarik perhatian kami untuk berkongsikannya dengan anda semua. Menurut pembacaan kami juga, kacang soya hitam sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan  protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral serta antioksida. Sumber protein yang terdapat di dalamnya juga amat diperlukan tubuh bagi pembinaan sel baru, membaik pulih sel lama juga membina otot badan.

Wah, begitu banyak khasiatnya. Rugilah jika anda tidak memanfaatkannya. Ok, sekarang mari lihat cara mudah penyediaan burger kadang soya hitam ini!

BAHAN-BAHANYA;
1 biji bawang(cingcang)
1 tin soya (black beans) toskan
1/2 cawan tepung (terpulang wholemeal @ gandum)
3 sudu makan serbuk roti
2 ulas bawang putih
garam & lada hitam secukup rasa.
1/2 cawan carrot (sagat)
2 sudu oats(rolled)
1 biji telur terpulang kepada anda..
daun ketumbar,daun sup...kalau nak...

CARANYA
tumis kejap bwg n bwg putih.
sementara beans tadi dilenyekkan.
gaulkan semua bahan tadi dan 
buatlah bentuk mengikut anda...
tuangkan minyak zaiton dlm kuali
sikit,n masaklah burger anda seperti 
biasa...
oh,yummy!!! 
diet cara sihat...