Tuesday, 27 May 2014

PENTINGNYA SUPLEMEN UNTUK PEMBEDAHAN CEASAREAN

BERSALIN CARA PEMBEDAHAN

Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean,
 penjagaannya agak berbeza kerana luka
 anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina
. Luka akibat pembedahan memerlukan
 lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana
 jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.


TIP-TIPS
 yang boleh anda amalkan untuk memastikan
 luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. BERGERAK LEBIH AWAL

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang
 dilakukan selepas menjalani pembedahan besar
 boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan
 mengurangkan risiko darah beku.
 Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan
 akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku
. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga
 atau jururawat ketika anda ingin melakukan
 sebarang pergerakan yang besar terutama
 pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. MAKAN MAKANAN BERZAT & SEIMBANG

Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin
 dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu
 menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih.
 Makan makanan yang mengandungi banyak protien
 seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia
 kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin
. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang
 makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains
. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah
 mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh.
 Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi
 yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda. 

3. MINUM AIR SECUKUPNYA

Air adalah agen pembuang toksin dalam badan
 dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum
 terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang
. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan.
 Ini memberikan tekanan pada perut dan
 tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit.
 Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 

4. ELAK DARI MENGAMBIL UBAT TRADISIONAL

Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada
 yang boleh memberikan kesan sampingan seperti
 mengurangkan kecutan rahim dan
 menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.
 Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh
 memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu
 sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional
 yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi ZINC SHAKLEE dan MULTIVITAMIN VITA-LEA

Semasa pembedahan, anda kehilangan darah
 yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal
. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen
 ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.
 Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin
 dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan
 lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.
7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
 Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin
 yang menolong mengecutkan rahim dan
 mengurangkan risiko tumpah darah
. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai
 yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital
. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu
 dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. PASTIKAN LUKA BERSIH DAN KERING

Biarkan luka terdedah kepada udara atau
 gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu.
 Jangan menggaru pada luka atau
 menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor.
 Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


9. PAKAI BENGKUNG

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu.
 Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit
 terutamanya semasa batuk dan bersin.
 Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak
 mengurangkan angin di dalam usus.
 Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang
 dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda
. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain.
 Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. ELAK AKTIVITI YANG BOLEH MENDATANGKAN  KESAKITAN

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok
 boleh membuatkan anda berasa lebih sakit.
 Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti
 tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain
 sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang.
 Mintalah bantuan daripada mereka sama ada
 dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana
 anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar.
 Anda tidak boleh melakukannya sendirian.




Bagi sesiapa yang pernah mengalami pembedahan
, sudah pasti mereka tahu,
 bahawa adalah sangat sukar untuk memastikan
 bahawa luka dalaman dan luaran selepas pembedahan
 itu benar-benar sembuh
. Malahan, tempoh rawatan untuk memastikan
 ia benar-benar pulih juga turut memakan masa yang lama.
 Supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa vitamin
, yang pernah di ambil oleh mereka yang pernah
 mengalami pembedahan sebelum ini, seperti ceaser
. Supplemen ini boleh diambil, sebelum, selepas pembedahan atau waktu rawatan.
Antara supplemen yang pernah di ambil oleh mereka, ialah,

1. VITAMIN E
– Mengurangkan formasi parut (elakkan Vitamin E sebelum pembedahan)
2. Vivix
 – memberi impak 4 mekanisma utama penuaan selular
3. Energizing Soy Protein
 – Mempercepatkan penyembuhan luka
4. Performance Drink
 – Menghalang dehidrasi
5. Carotomax 
– Diperlukan untuk penggunaan protein, seperti membaikpulih tisu
6. Sustained Release Vitamin C 500 mg –
 Membaikpulih tisu, penyembuhan luka, sistem imun
7. Zinc Complex –
 Penyembuhan luka & membaikpulih tisu
8. B-Complex 
– Mempertingkatkan tenaga
9. Meal Shakes –
 Nutrien yang lengkap

****AMARAN : Sebelum pembedahan, elakkan supplemen
yang mampu menipis darah seperti Omega Guard, Vitamin E & Garlic

credit;metrobestmom..

sayangilah diri anda...
sms/wsap0124219642






Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home